Sunday, November 16, 2008

kepala gua da botak macam brad pitt dalam fight club



pada hari ahad yang lepas, gua mengambil keputusan nekad untuk membotakkan kepala gua yang sarat dan dalam keadaan yang serabut ini.keputusan yang gua buat ini agak sukar,di mana gua perlu meminta pendapat orang ramai tentang implikasi membotakkan kepala, apakah efeknya pada kesihatan dan penampilan gua(takut disalah anggap sebagai bangla), pada ekonomi gua,dan sebagainya.dalam tahun ini saja,sudah 2 kali gua membotakkan kepala.pertama-tama, ketika majlis persandingan kakak gua pada awal tahun.kedua-dua, pada situasi sekarang ini.keputusan gua untuk membotakkan kepala disertai dengan tujuan tertentu, di mana akak gua akan melahirkan anak sulungnya ataupun lebih tepat lagi kelahiran anak buah gua yang pertama.gua dah nak jadi pakcik.nampak sangat gua nih da melewati usia yang agak tua..err,matang sebenarnya. lagipin ada segelintir insan ini yang menyifatkan jikalau gua mengurangkan kadar rambut di atas kepala gua ini,gua akan kelihatan lebih comel dan kacak seperti brad pitt.orang kata la.ape kelas nak puji diri sendiri comel.dah hilang akal ke?hahaha.lu pikirla sendiri

p/s: gua dalam suasana riang ria cuti sekolah, tapi bosan tahap gampang.ape kelas nak tengok gerak geri gasing hari-hari?

1 comment:

runcitruncit said...

pic ni saya yg snap..comelnye..saya suke..2 thn sudah punya gmbr tau