Tuesday, September 16, 2008

top 5 dalam playlist aku

well,memandangkan bulan puasa ni buatkan kepala otak aku tidak secergas dan mampu berfikir dengan kadar yang agak waras so aku conteng entri kali ini untuk menyenaraikan 5 lagu peberet yang ade dalam playlist aku.tengah kering idea aitelyuu.

1.joga by bjork
-lately ni aku suka dengar lagu2 yang mengkhayalkan.xtau pulak kenapa.aku dah lame dengar bjork ni.then stop dengar.recently aku dengar balik greatest hits die.layan joga,terus high.ahaha.apa yang buat bjork ni genius pada pandangan aku adalah kerana dia ini seorang yang boles memberi jiwa kepada lagu yang disampaikan.boleh rasa setiap alunan melodi dan suara lunaknya meresap ke dalam pembuluh darah dan terus samapi ke jantung.menghasilkan satu perasaan seperti berada di dunia yang lain.cuba kalian dengar sambil pejamkan mata.fuh~

2. ayat-ayat cinta by rossa
-hahaha,xpayah la nak gelak2 dengan lagu yang aku dengar ni.bagi aku music yang sedap dan mengasyikkan itu bukan datang daripada status or genre yang korang rasa hebat bila mendegarnya.aku jarang dengar lagu2 dari seberang ni tapi yg ni wa cakap sama lu mmg besh la.kenapa besh?sebab aku suka dengar lagu2 pop mainstream yang santai bila aku nak jiwa aku relax so rasanya xsalah kan?

3. 6 days on the bottom of the sea by explosion in the sky
- seperti yang aku tulis dalam entri aku sebelum ini,aku baru sahaja berjinak2 dengan explosion. actually sume lagu2 band nih top dalam playlist aku but just randomly pick.tambahan tajuk ni je yang aku ingat sebab semua lagu2 diorang ni panjang2 bebenor.aku kagum dengan band ini.kenapa aku kagum?sukati aku la.ahah,acah je mak enon.band ni bagi aku menghasilkan karya seni yang cukup untuk membuat aku berkata,"fuiyooooh,gempak siak".pshydelic yang asyik.

4. you oughta know by alanis morissette
- apa lagi yang boleh kalian katakan tentang penghibur ini?semua karya2 yang dihasilkan amat telus dan asyik.banyak2 lagu beliau,aku gemar memutarkan lagu ini berulang kali.layan habais aitelyuu!

5. put your dream to sleep by deepset
- dikenalkan oleh sahabat aku,band local yang nama mereka aku xpernah dengar pon sebelom ni.siyes!menjadikan band explosion in the sky sebagai pengaruh terbesar mereka,sememangnya berjaya menghasilkan pshydelic bertaraf antarabangsa tetapi made in malaysia.first time aku dengar,bunyi macam explosion tapi bila sahabatku mengatakan band ini band indie,terkejut beruk aku.siyes amat hebat.kalian cubalah dengar sendiri.

lepas ni aku nak buat top 5 makanan kegemaran,kereta,artis,jenama seluar,bla bla bla bla bala bala.wakaka.selamat berbuke pose!

No comments: