Thursday, September 11, 2008

hari raya sangat meriah bagi kanak2.setuju?

maaf jikalau entri yang aku conteng ini awal sebelum masanya.puasa pon belum cukup sebulan tapi hakikatnya otak aku ketandusan idea.setandus padang pasier di gurun sahara.haha.

ok,berbalik pada tajuk di atas.rasenya kalian setuju x dengan pendapat aku?mengapa ya?aku rasakan semakin lanjut usia kita,semakin kurang meriah perayaan itu dirasakan.tiap tahun bagi aku sama saje.aku rase hari raya yang meriah bagi aku adalah pada umur aku pandai bercakap sehinggalah aku selesai menjalani ujian pmr aku.ya,kira2 12 tahun sahaja kemeriahan yang aku rasakan.

menjadi aku,seorang pemuda yang bole dikategorikan pendiam menyebabkan pergaulan aku dengan sanak saudara terbatas ya amat.mungkin juga kami mempunyai idealisme yang berbeza.so agak susah bagi kami bertukar2 pendapat dari segi hal2 yg kami bincangkan.selalunya pabila bertemu sepupu ataupun sanak sedara tatkala hari raya,kita hanya menyapa,berpura2 berbual mesra sambil otak ligat berfikir soalan ape yg akan ditanya setelah selesai bertanya soalan2 yang agak tipikal kerana risau akan perbualan akan mati seketika.padahal kami bukan selalu bersua.ya,mungkin itu faktornya.

harus aku setuju bahawa jarang bersua dengan mereka2 itu membuatkan aku mati idea untuk bercampur dengan mereka semua.entah dimana silapnya.mungkin ada diantara kalian yang amat rapat dengan sepupu kalian mahupun sanak sedara,pak long,pak cu,nenek atau atok korang.mungkin juga kalian mengalami situasi yang agak sama dengan apa yg dilalui aku.lanatran itu,aku kadang suka menyendiri.bukan aku tidak cuba bergaul dengan mereka2 itu,tapi mereka bangga berada di dunia mereka sendiri.bagi mereka,xmati pun kalau xbergaul dengan aku.oh,aku sangat benci idealisme itu.

cukup dengan pergaulan,duit raya juga menjadi isu untuk entri kali ini.keh3.aku akui,semakin meningkat dewasa seseorang itu,jumlah duit raya yang diperolehi semakin kurang.ya,hakikatnya memang kurang dari aspek pemberi tapi jumlah yang diberi bukan calang2 jumlah.ada yg memberi RM10 sebagai duit raya.tidak percaya?aku sendri pernah dapat jumlah itu.faktor kedewasaan mungkin memainkan peranan.selagi kalian tidak ada pendapatan sendiri,duit raya mungkin perkara yg mampu anda harapkan ketika hari raya.cuma tiadalah keseronakan menerima duit raya itu sendiri berbanding ketika di zaman kanak2.setiap pemberian dianggap harta yg berharga.diusung sampul duit raya itu ke sane,ke mari.beraya ke rumah jiran bersama2 teman sepermainan.suasana kemeriahan yang mungkin tidak dapat saya rasai.(kalau nak buat macam tu,bole je.tapi muka kene tebal.hati kene kering.ahaha.)

aduyai,panjang giler la entri aku kali ni..selamat berpuasa dan menanti tibanya aidilfitri.meriah atau tidak tahun ini,terpulang pada pendapat anda sendiri.layan alanis lagi.hohoho

----------------
Now playing: Alanis Morissette - Hand In My Pocket
via FoxyTunes

No comments: